Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield : Perangkap Digital - Kenali & Elak Laman Web Jahat

26 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Perangkap Digital – Kenali & Elak Laman Web Jahat secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar sekolah dan orang dewasa. Webinar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).

Webinar Perangkap Digital – Kenali & Elak Laman Web Jahat ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan teknik laman web palsu dan jahat, jenis-jenis serangan digital yang menyamar sebagai kandungan biasa dan langkah keselamatan penting untuk melindungi data diri dalam talian. Selain itu, kelas ini turut menyediakan sijil penyertaan, sekaligus menjadi nilai tambah kepada pelajar dan peserta dewasa yang ingin meningkatkan tahap literasi digital.

Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar dan orang dewasa untuk berhati-hati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali